RUMAH besar yang diperbuat daripada kayu cengal itu tiba-tiba dicengkam sepi. Hanya sesekali kedengaran jarum jam di dinding berdetik. Satu saat…dua… tiga… Ah, setiap detik yang berlalu amat menyiksakan, seperti ada yang menunggu saat dijatuhi hukuman mati. Munirah tidak berani berkutik. Hendak menarik nafas pun seakan tidak lepas. Safuan yang duduk di kerusi di sebelah ibunya pun tidak berani panggung kepala.
“Safuan! Munirah!” Jerkahan Wan Mursyid membuatkan kedua-dua anaknya termasuk Wan Anum Sophia tersentak. Seorang pun tidak berani bersuara. Wajah Wan Mursyid yang kemerah-merahan dengan nafasnya yang turun naik dan matanya yang bulat itu sudah cukup membuatkan semuanya jadi kecut perut. Wan Mursyid jarang sekali marah, tetapi sekali suaranya meninggi semuanya akan menikus. Lebih-lebih lagi Munirah yang sudah terketar-ketar di tengah ruang keluarga itu. Safuan juga seakan luruh jantungnya.
“Kamu ni kenapa, hah? Kenapa biarkan nafsu jadi raja dalam diri kamu? Mana pergi iman kamu? Kamu letak kat mana agama kamu, Safuan? Kamu tak sedar ke Munirah ni adik kamu?” Wan Mursyid sudah meluru ke arah Safuan yang sudah berdiri kerana terkejut. Geram sungguh dia dengan anak lelakinya yang seorang itu. Kalau diikutkan hati, mati dikerjakan dua beradik itu.
Wajah Safuan pucat lesi. Dia ingin menjawab tetapi terkejut apabila Wan Musyid tiba-tiba saja menerpa. Terkapar-kapar kakinya apabila tangan Wan Mursyid mencekak leher baju kemeja Safuan dan mendorongnya ke dinding.
Sophia yang sudah berada di belakang suaminya menunggu penuh debaran akan nasib Safuan seterusnya. Kakinya terasa menggeletar. Dia sendiri tidak sangka Safuan akan tergamak melakukan perkara itu pada adik sendiri. Safuan, kenapa kamu hancurkan hati mak? Kenapa kamu rosakkan kepercayaan ayah kamu?
“Syaitan apa yang merasuk fikiran kamu sampai jadi gila macam ni? Kamu sedar tak kamu dah malukan abah? Kamu tahu tak apa yang kamu buat tu satu dosa besar? Kamu tahu tak?” Satu tamparan hinggap di pipi Safuan. Dan pipi Safuan ditampar lagi berkali-kali sehingga Safuan lembik tidak bermaya.
“Abang Wan! Sudah-sudahlah tu. Kalau dibunuh budak ni pun dah tak ada maknanya lagi. Nasi dah jadi bubur. Kalau ikutkan hati pun, bertambah lagi masalah ni.” Rayu Sophia sambil menarik lengan suaminya. Pipinya basah dengan air mata. Hatinya benar-benar terluka, terluka dengan perbuatan Safuan dan lebih terluka lagi bila anak yang lahir dari rahimnya itu diperlakukan begitu oleh suaminya. Tetapi kenapa Wan Mursyid langsung tidak menyentuh Munirah? Kenapa? Kerana Munirah itu anak kandungnya dan Safuan pula hanya anak tiri? Dalam luka yang tercalar, ada dendam yang membara. Safuan anak aku! Aku tak akan biarkan dia diperlakukan sesuka hati. Jerit hati Sophia.
“Memang aku nak bunuh budak ni!” Jerit Wan Mursyid sekuat hati. Sophia menjerit kalut dengan ucapan keras suaminya. Kepala Safuan dihantukkan ke dinding beberapa kali. Sophia menjerit lagi, memohon simpati namun jeritannya tidak dipedulikan suaminya yang sudah naik hantu. Sesekali kedengaran desahan nafas Safuan kesakitan. Kesabaran Wan Mursyid sudah tinggal sifar. Dadanya berombak deras. Kalau tidak kerana iman di dada, mati Safuan dikerjakan.
Munirah yang duduk di sofa menggigil ketakutan. Abah sudah benar-benar berang. Janganlah sampai abah hilang pertimbangan dan mengotakan apa yang terucap di bibirnya tadi. YA TUHAN, lindungilah kami... Lindungilah abah dari bisikan syaitan. Di ketika ini perasaan bencinya pada Safuan ditahap paling maksima. Safuan yang telah menjadikan keluarga ini berantakan, menyakiti dan memalukan semua orang di dalam rumah ini. Mulai saat itu dia tidak akan mengaku Safuan itu ‘kembar’nya. Hendak mengaku abang pun tidak akan sekali-kali. Meskipun Safuan itu adalah ‘saudara kembar’nya, yang pernah berkongsi rahim di dalam perut emak namun nafsu serakah Safuan telah meletakkan satu garis permusuhan antara mereka. Ya, Safuan itu adalah musuhnya! Jika benar mereka berkongsi rahim, mengapa mereka tidak pernah berkongsi hati? Munirah sering meragui tentang hakikat Safuan itu adalah saudara kembarnya. Nalurinya sering berkata, Safuan tidak ada kaitan darah pun dengannya. Tapi apalah sangat dengan bisikan naluri yang bagaikan sebuah ilusi itu… Emak dan abah sendiri yang menyatakan mereka adalah adik-beradik kembar. Oh, malang sungguh aku berabangkan Safuan! Peristiwa hitam itu telah memisahkan jiwa mereka. Dia tidak akan memaafkan Safuan! Ya, dia tidak akan maafkan…
“Ya ALLAH! Mengucap, Abang Wan. Ini anak kita!” Jeritan Sophia mengejutkan lamunan Munirah. Sophia menarik tubuh suaminya sekuat tenaga membuatkan Wan Mursyid terdorong ke belakang sedikit. Janganlah sampai ada darah yang tumpah di rumah ini. Nama baik keluarga Wan Mursyid tak boleh tercemar begitu saja. Kalau sampai Safuan mati di tangan Wan Mursyid, seumur hidup dia tidak akan maafkan suaminya itu.
Safuan sudah terkulai ke lantai. Muka dan matanya bengkak manakala darah merah mengalir deras di dahi dan kepala. Sophia memeluk anaknya erat. Wajah Safuan yang sudah lemah dan tidak bermaya itu diciumnya berkali-kali. “Safuan anak mak… Sampai hati abah kamu buat kamu macam ni,” rintih Sophia dalam esak tangisnya.
“Kamu yang buat abah kecewa. Dari kecil abah tatang macam minyak yang penuh, abah lebihkan kamu daripada adik-adik yang lain sebab kamu satu-satunya anak lelaki dalam rumah ni. Abah tak pernah nak anggap kamu orang lain. Abah dah anggap kamu anak abah sendiri. Kami sorok kebenaran yang kamu adalah anak tiri abah sehingga sanggup katakan kamu ni kembar Munirah. Tapi kamu langsung tak fikirkan hati abah, hati mak kamu. Kamu tak fikir masa depan Munirah. Kamu tak fikir perasan adik ipar kamu,. Eusoff. Kamu memang tak mengenang budi!” Suara Wan Mursyid kembali kendur dan bernada kesal. Kepalanya tersandar di dinding. Sesekali dia mengusap muka, menahan kecewa yang menghiris hati. Apa yang telah terjadi itu cukup melukai hati dan dan menghiris perasaannya. Dia malu pada ALLAH kerana tidak mampu mendidik anak-anak sebagaimana bapanya mendidik dia dan adik-adiknya dulu. Dia kesal, kecewa… Mana nak diletakkan mukanya ini? Bapanya adalah guru agama yang dihormati dan disegani. Selama ini dia jaga maruah keluarga dengan baik tapi kenapa anak-anak mencemar nama baik keluarga mereka?
Puas dia fikir, di mana silapnya sehingga Safuan sanggup buat perkara terkeji itu. Selama ini pun perangai Safuan biasa-biasa saja. Dia bukannya budak nakal. Sedikit pun tidak pernah terlintas dalam fikirannya perkara memalukan itu akan berlaku dalam keluarganya.
Munirah dan Safuan hampir serentak merenung ke wajah ayahnya. Seketika kemudian Munirah memandang ibu dan ayahnya silih berganti. Sophia hanya diam tanpa suara. Wan Mursyid berpaling ke belakang. Rambutnya yang sudah memutih itu dicekaknya dengan tangan kiri manakala tangan kanannya menumbuk-numbuk dinding.
“Mak, siapa saya ni?” Safuan yang masih lemah kerana dikerjakan ayahnya bersuara. Perlahan sekali. Matanya tidak lepas merenung wajah Sophia yang masih memangkunya.
“Kamu bukan anak aku!” Terpacul kata-kata yang telah sekian lama menjadi rahsia dari mulut Wan Mursyid. Ketiga-tiga beranak itu tersentak. Semua mata tertumpu padanya.
“Abang!” Jerit Sophia kesal dengan pengakuan itu Mereka sudah berjanji untuk tidak memberitahu siapa Munirah dan Safuan sebenarnya demi menjaga perasaan keduanya dan demi keharmonian keluarga itu. Kenapa Wan Mursyid buat begitu? Benci sangatkah dia dengan anknya, Safuan itu?
Safuan mengetap rahang. Abah sudah mengaku. Segala apa yang dia dengar dari bisik-bisik orang di luar adalah benar. Ternyata dia bukan anak kandung Wan Mursyid dan dia tidak akan merwarisi apa-apapun jika Wan Mursyid meninggal dunia. Tidak… Ini tak mungkin akan berlaku! Dia akan pastikan keluarga Wan Mursyid porak peranda.
Wan Mursyid langsung tidak pedulikan jeritan Sophia. Dia sudah tidak sanggup lagi menyimpan rahsia itu. Mungkin kerana menyembunyikan kebenaranlah bala ini menimpa keluarganya. Dia tidak sepatutnya mendakwa Safuan dan Munirah yag bukan muhrim itu bersaudara. Dia yang silap!
“Kamu pula Munirah… Kamu bukan anak kandung emak kamu. Sophia adalah emak saudara kamu. Emak kamu yang sebenar sudah meninggal. Ayah kahwin dengan Sophia semasa kamu baru saja umur sebulan. Ibu kamu meninggal kerana turun darah. Lantaran tiada siapa yang hendak menjaga kamu, abah kahwin dengan Mak Ngah kamu yang ketika itu sudah tidak bersuami, ” jelas Wan Mursyid lagi dengan suara perlahan.
Munirah menekup mulut dengan tapak tangan kanannya. Pengakuan itu sungguh memeranjatkan. Tangisannya terhenti serta-merta. Safuan bukan abangnya… Safuan bukan kembarnya. Mereka tiada pertalian darah, padanlah mereka tidak pernah sehaluan. Padanlah Sophia tidak melayannya seperti Sophia melayan adik-adiknya yang lain. Dia sering saja diketepikan dan adakalanya disisihkan. Air matanya kembali berguguran. Kenyataan itu terlalu pahit untuk diterima. Tubuhnya terasa lesu dan lemah.
“Munirah, kalau Eusoff balik nanti, apa abah nak jawab? Apa abah nak kata? Cuba kamu cakap!” Hati Wan Mursyid kembali membara. Kalau diikutkan hati, mahu saja diterajangnya anak perempuannya itu. Namun sebaik saja terpandang wajah Munirah yang sayu itu, terbayang pula wajah arwah Farhah.
Munirah tersentak lalu beristighfar panjang. Dia tahu, nasibnya bagaimana selepas ini andainya Eusoff pulang nanti. Jijiknya dia rasakan dirinya saat itu. Tubuhnya tersalut dosa dan noda yang tidak mampu dia basuh dengan air mata. Ya ALLAH, berdosakan aku dalam hal ini?
“Kenapa dengan kamu ni Munirah? Kenapa? Tak cukup sorang laki kamu? Baru saja Eusoff pergi sebulan…” Wan Mursyid tidak meneruskan kata. Air mata lelakinya gugur juga akhirnya. Kecewa sungguh hatinya mengenangkan anak-anaknya ini. Bagaimana dia hendak membasuh arang yang terconteng di muka? Bagaimana? Bagaimana dia hendak berdepan dengan Eusoff nanti? Ya ALLAH, KAU tunjukkanlah jalan yang terbaik buatku.
“Abah, Murni minta ampun! Murni tak salah.” Munirah menghampiri ayahnya, memeluk erat lelaki separuh umur itu dari belakang. Dia ingin membela diri. Dia tidak tahu apa-apa dan dia tidak salah apa-apa. Wan Mursyid menepis dengan kasar sehingga Munirah terdorong ke lantai. Munirah ingin menjelaskan apa yang telahberlaku tetapi dia sendiri keliru. Segalanya samar-samar…
Sebuah tamparan hinggap di pipinya. Munirah memejamkan mata, merasakan kepedihan itu sampai ke hati. Abah tak pernah lakukan begini. Dia terima hukuman ini kerana dia tahu dirinya sudah bersalut noda.
“Kamu tahu apa hukuman zina dalam Islam?” Terlontar pertanyaan itu dari mulut Wan Mursyid.
Tangisan Munirah bersatu dengan tangisan Sophia. Sekali lagi Munirah hendak memeluk kaki ayahnya tetapi Wan Mursyid segera maju ke depan membuatkan Munirah tersungkur. Dia ingin katakan bahawa semua itu tidak benar. Perkara itu tidak berlaku namun dia sendiri tidak yakin dan tidak mampu untuk buktikan.
“Bagi perempuan yang sudah kahwin, hukumannya rejam sampai mati. Bagi lelaki…” Wan Mursyid tidak dapat meneruskan ucapannya. Dadanya sebak, nafasnya tersekat-sekat.

‘Farhah, maafkan aku. Aku tak mampu didik anak kita jadi wanita yan baik, sebaik engkau dan jadikan dia isteri setaat kau. Aku gagal, Farhah! Aku gagal!’ Wan Mursyid menyapu air matanya dengan hujung jari sambil berlalu masuk ke bilik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan