Rabu, 3 Oktober 2007

Bhg 25

HAMPIR lima belas minit Nudra berdiri di depan cermin. Setelah berpuas hati barulah dia mengukir senyum. Sebulan lebih bertungkus-lumus untuk menyiapkan baju pengantin itu nampaknya membuahkan hasil yang cukup memuaskan. Niat untuk mengenakan baju pengantin jahitan sendiri dengan sulaman manik itu nampaknya tercapai juga. Alhamdulillah…siap jugak baju ni, bisik Nudra lega.
“Amboi! Amboi! Bukan main lagi bakal raja sehari ni bergaya.” Hannah yang baru saja menjengah di muka pintu menyergah.
Senyuman Nudra semakin lebar. Wajahnyaberseri-seri dengan baju biru itu. “Cantik tak?” tanya Nudra dari balik cermin.
Hannah melangkah masuk lalu berdiri di belakang sedikit dari Nudra sambil berpeluk tubuh. “Hmm…mestilah cantik! Cucu WanAnum Sophialah katakan…”
“Oppss… nama tu tak ada kaitan denga cantik atau tidaknya aku, ya! ” ucap Nudra sekadar bergurau sambil tertawa perlahan.
“Cantik! Memang cantik! Aku suka kuntuman bunga daisy yang kau sulam ni. Kena dengan maniknya. Hmm… Katlengan ni pun aku suka.” Hannah memberi komen sambil membelek-belek sulaman pada baju yang dipakai Nudra. Kain lace biru itu semakin menyerlah digubah Nudra dengan sulamannya.
“Kau tahu tak, kau pakai baju ni pun dah nampak berseri-seri inikan pula bila dah kena make-up segala. Huh, tak sabar aku nak tunggu sebulan lagi! Tak sabar aku nak tengok kau bersanding dengan Is.” Hannah semakin teruja. Dia yang ditugas untuk menyiapkan bunga telur semakin bersemangat. Bunga telur yang diperbuat daripada kain organza itu sudah separuh siap. Tinggal separuh lagi. Hannah terus mencongak hari. Ah, sempat siap! Getusnya.
Wajah Nudra kemerah-merahan dipuji begitu.
“Kau memang berkenan dengan baju Zulifah dulu tu, ya? Tengok, warnanya lebih kurang sama. Tapi kainnya lain sikit. Yang Zulifah dulu ada bunga dan kain sifon. bunga yang kau sulam ni lebih cantik lagi la. Bila kau tabur labuci kat tepi bunga dia ni, tambah naik serinya,” komen Hannah penuh perasaan.
“Memang aku suka warna biru baju Zulifah dulu tu. Kebetulan Is pun hadiahkan warna yang lebih kurang sama. Hmm… macam tahu-tahu pulak dia,” balas Nudra masih belum puas menilik-nilik di cermin. Sekejap berpusing ke kiri, sekejap ke kanan, seperti model pulak gayanya.
“Yalah, sehati sejiwa. Tapi kau jangan nak cuba lama-lama baju tu. Baik kau bukak sekarang,” tegas Hannah tiba-tiba dia teringatkan pesanan maka ndam di rumah Zulifah dulu.
“Kenapa pulak? Apa yang tak kena?” soal Nudra agak hairan.
“Err… kata orang tak baik pakai baju pengantin sebelum harinya,” balas Hannah tersekat-sekat. Dia yakin Nudra akan berkhutbah nanti kerana dia tahu Nudra tidak percaya dengan perkara-perkara sebegitu.
Nudra ketawa lucu sambil menggeleng-gelen. “Kau percaya pada benda karut macam tu? Kurafat tu! Apa orang cakap… mitos? Haa… mitos!” balas Nudra yang kini sudah menghadap Hannah yang terkulat-kulat memandangnya.
“Tak adalah aku percaya. Aku bagitahu aje apa yang orang kata. Tapi… baik kau bukak. Kan nanti dah tak berseri di hari kau jadi pengantin tu,” pujuk Hannah yang cemas dengan Nudra masih berdegil.
Tanpa banyak soal lagi Nudra segera menukar pakaian. Dia bukan hendak percaya, tetapi dibuatnya masin mulut Hannah nanti. Na’uzubillah…
“Hannah, sebenarnya aku rasa tak sedab hati je sejak dua tiga hari ni,” ucap Nudra setelah selesai menukar pakaian. Kata-kata Hannah buat Nudra jadi bertambah risau. Baju kurung moden labuh itu dimasukkan ke dalam plastik lalu disangkut di dalam almari.
“Eh, kenapa? Sebab aku cakap macam tu tadi ke? Err… janganlah kau percaya sangat, aku cuma ingatkan je. Kau jugak yang kata semua tu mitos. Isyy... janganlah fikir yang bukan-bukan.” Hannah pula diburu kesal kerana menyebabkan Nudra jadi bimbang.
“Bukan sebab kaulah. Sebenarnya dah banyak hari aku asyik fikirkan pasal ni. Rasa macam tak logik pulak aku ni nak kahwin dengan Iskandar. Aku rasa macam… macam tak jadi je,” balas Nudra perlahan. Pandangannya jauh menembusi dinding.
“Eh, mulut tu janganlah lepas sangat! Ada pulak tak logik. Logiklah tu kalau Iskandar pinang kau. Yang tak logiknya kalau masih belum ada hitam putihnya, kalau kau masih berangan sorang-sorang. Ini tidak, cincin pun dah ada kat jari tu. Itukan tanda janji sudah termeteri? Aduh, Nudra! Kau ni macam-macamlah… Janganlah ikutkan sangat bisikan syaitan tu, tak baik. Biasalah tu, makin dekat makin banyak yang nak diselesaikan dan otakpun makin berserabut. Tambah lagi dengan kau tu tak cukup tidur asyik dok menyulam tak sudah-sudah. Itu yang kau mula fikir macam-macam,” bebel Hannah. Dia pulak yang merasa kesal kerana mengingatkan Nudra dengan perkara begitu tadi.
“Itulah… makin dekat aku rasa makin takut. Aku tak yakin dengan hati aku. Kau tahu Hannah, aku dapat rasa aku ni macam tak sesuai je dengan Is. Sikap dan sifat kami tak sama. Fikiran kami jugak berbeza. Kadang-kadang aku tak boleh terima sikap dah fikiran Is yang lebih terbuka tu. Aku tak boleh terima bila dia asyik mintak perhatian je sekarang ni. Aku ni bukannya isteri dia lagi. Aku jugak rasa tak selesa bila dia asyik tanya perasaan aku je. Perlu ke aku ucapkan yang aku sayang kat dia? Dia tak faham ke aku ni tak biasa macam tu? Kadang-kadang aku rasa Is mula bosan dengan sikap aku yang kolot ni. Aku takut, Hannah… Aku takut perbezaan fikiran kami ni akan menyusahkan kami nanti. Aku pun takut aku tak boleh sesuaikan diri dengan keluarga dia yang berpelajaran tinggi tu. Nanti lain yang dia orang cakap, lain pulak yang aku faham. Susahlah Hannah…” luah Nudra dengan dahi berkerut.
Suasana jadi hening seketika. Hannah termenung jauh memikirkan kata-kata Nudra tadi. “Nudra, kau ni jauh sangat fikirnya. Kau kena tawakal. Kalau Is dahsuka,dah sayang dan kalau keluarga diapun dahsetuju aku tak nampak apa masalahnya lagi. Hari tu, aku tengok umi Iskandar tu baik je orangnya. Tak adalah sombong atau berlagak. Macam biasa-biasa je. Alah, makcik-makcikkau tu lagiberlagak dari dia orang. Orang bijak pandai ni pakai otak, bukan pakai perasaan kalau bercakap.Tak macam Nenek Sophia kau tu…” pujuk Hannah dengan mulut menjuih bila nama Sophia disebut.
“Aku tahu tu… Aku pun nampak umi dan abah dia baik. Aku tahu keluarga dia baik. Mungkin aku saja yang risau. ”
“Doalah banyak-banyak, Nudra. Tenangkan hati tu. Tak ada apa lagi kau nak risau. Baju pun dah siap, bunga telur sikit lagi… Lepas ni duduk diam-diam. Jangan kerja teruk-teruk. Biar aku yang fikirkan,” pesan Hannah seperti ibu-ibu saja gayanya.
“Terima kasih, Hannah. Tapi ada satu lagi yang aku fikir…” Sekali lagi Nudra tunduk merenung lantai.
“Apa lagi?”
“Betul ke ayah aku dah meninggal. Kalau belum, aku kena cari dia untuk walikan aku.” Sebenarnya persoalan itu jugalah yang memberatkan fikirannya sejak dulu lagi.
“Kan dia orang semua kata ayah kau dah mati?” Hannah semakin pelik dengan sikap Nudra. Dia tidak suka Nudra berfikir yang bukan-bukan disaat menanti hari bahagianya.
“Aku rasa macam ayah masih ada,” balas Nudra separa yakin dengan gerak hatinya.
"Kau jangan risau, Tok Ayah tentu lebih tahu…” Hannah cuba menyedapkan hati Nudra.
Nota:
Entry Bhg 24 edited. (dah tukar kain... :P)

Tiada ulasan: