SENJA semakin merangkak, meninggalkan warna merah di kaki langit. Burung-burung berterbangan mencari jalan pulang ke sarang masing-masing. Iskandar menutup pintu kereta lalu dengan longlai dia mengatur langkah mauk ke rumah. Seketika langkahnya terhenti apabila melihat pintu rumah yang terbuka luas.
“Assalamualaikum, umi.” Iskandar memberi salam sebaik saja melihat ibunya berdiri sambil tersenyum di muka pintu. Wanita bertubuh sederhana dan berkulit cerah itu menyambut beg dari tangan Iskandar sambil menjawab salam anak sulungnya. Iskandar mencapai tangan ibunya lalu dikucupnya penuh hormat.
“Masuklah, Is.” Dr Mardhiah yang berbaju kurung batik sutera warna merah darah ikan itu menyambut kepulangan anaknya dengan senyuman manis. Iskandarlah satu-satunya anak lelaki yang diharapkan dapat menumpang kasih ketika ini kerana abang Iskandar, Zulkarnain yang bekerja dengan syarikat minyak antarabangsa itu menetap dimerata-rata tempat. Anak keduanya itu jarang-jarang sekali dapat pulang ke Malaysia.Untuk mengharapkan kepadanya,tunggulah Si Angah tu berhenti kerja dulu…
Iskandar mengekori ibunya ke ruang tamu. Sebentar kemudian dia sudah duduk tersandar di sofa kulit, melepaskan lelahnya setelah seharian di pejabat. “Umi pun baru balik ke?” tanya Iskandar yang menyedari ibunya masih belum berganti pakaian. Biasanya Dr Mardhiah akan terus menukar pakaian dan terus sibuk di dapur sebaik saja pulang ke rumah.
“Ha’ah, umi baru aje balik. Tak sampai dua puluh minit pun. Hari ni lambat sikit, sebab esok ada seminar yang fakulti umi anjurkan. Itu yang umi kena pastikan semuanya dah settle. Kalau tak, malam nanti pun umi kena pergi,” jelas Dr Mardhiah pajang lebar.
“Ooo… patutlah.”
“Lewat Is balik hari ni, banyak kerja ke?” balas Dr Mardhiah sambil membetulkan kaca matanya. Rambutnya yang pendek dan kerinting itu dilurutnya beberapa kali dengan hujung jari. Air oren di jug yang sudah tersedia di atas meja di tuang ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada anak bujangnya.
“Terima kasih, umi. Umi tak minum?” pelawa Iskandar.
“Umi dah minum tadi.”
“Kerja tu macam biasalah, tak pernah habis. Lagipun Is kat tapak projek dari pagi sampai petang. Project Manager dari HQ datang, so Is kena brief dia tentang progress projek tu,” sambung Iskandar setelah membasahkan tekaknya dengan air oren yang sejuk itu, Iskandar meletakkan gelas ke atas meja. Kepalanya kembali disandarkan ke sofa. Lega! Seharian di tapak projek, sungguh memenatkan.
“Kasihan anak umi. Macam tulah kalau dah kerja. Tapi kalau dah kahwin nanti, kenalah pandai bahagi-bahagikan masa untuk keluarga. Hah, dapat isteri cantikmacam Nudra tu,kan malas pulak nak ke office,” usik uminya sambil tertawa.
Iskandar turut tertawa. “Nanti Is bawak Nudra ke office,” balas Iskandar dalam nada bergurau. Dr Mardhiah tertawa lagi sambil menggeleng-geleng dengan telatah anaknya itu.
“Hmm… ayah ke mana? Belum balik?” soal Iskandar apabila tidak melihat kelibat ayahnya. Kereta ayahnya pun tidak ada di halaman rumah. Biasanya umi akan balik bersama ayah, tapi hari ini tidak. Mungkin juga kerana umi sibuk menguruskan tentang seminar tu, itu yang mereka balik berasingan.
“Katanya, ayah ada hal sikit petang ni. Pagi tadi pun umi pergi sendiri sebab nak cepat. Sekejap lagi sampailah tu. Baru sekejap sebelum Is sampai, ayah cakap dia dah on the way.”
“Ooo…” Iskandar mencapai gelas lalu menghirupnya seteguk lagi. Badannya terasa lesu sekali petang itu. Dia merebahkan tubuhnya ke sofa panjang itu lalu memejamkan mata.
Dr Mardhiah menggeleng sekali lagi melihat keadaan Iskandar yang keletihan. “Is ada telefon Nudra? Apa khabar bakal menantu umi tu, ya?” tanya Dr Mardhiah dengan senyuman meleret. Senang hatinya melihat wajah anak bujangnya yang berseri-seri sejak bertunang itu. Dia sendiri pun dah tak sabar-sabar lagi menunggu hari perkahwinan Iskandar. Sudah lama dia tunggu masa hendak kenduri besar. Mujurlah Iskandar tak macam abangnya, yang masih hendak kahwin. Umur dah mencecah 33 tahun tapi masih belum bertemu jodoh. Entah orang yang macam mana lagi yang dia cari pun, Dr Mardhiah tak tahu. Mungkinjuga hidupnya yang lebih banyak di pelantar minyak daripada di darat membuatkan Angah tidak memikirkan soal kahwin. Teringat usikan Azida yang mengatakan adiknya itu sedang mencari ikan duyung untuk dijadikan isteri membuatkan Dr Mardhiah tersenyum sendiri.
“Nudra sihat. Nasib baik umi tanya, kalau tidak Is dah lupa. Nudra kirim salam kat umi. Baru malam tadi Is telefon dia.”
Dr Mardhiah menjawab salam yang dikirim bakal menantu. Sejak Iskandar bertunang ni, melambung-lambung bil telefon rumah. Tapi tak apalah, Iskandar yang tolong bayarkan bilnya. Iskandar lebih suka menggunakan telefon rumah yang disambung ke bilik tidurnya daripada menggunakan telefon bimbit sendiri. Kata Iskandar kalau guna handphone tak boleh cakap lama-lama sebab tidak baik untuk kesihatan. Mengikut kajian saintis, gelombang yang dipancarkan melalui alat komunikasi itu boleh mengakibatkan barah otak. Entah ya entah tidak… tetapi lebih baik beringat dulu sebelum kena. Kata Iskandar lagi; kalau bersembang lama-lama pakai handphone boleh panas telinga dibuatnya. Hmm… macam-macamlah alasan Iskandar ni! Siapa suruh bergayut lama-lama? Kadang-kadang adiknya yang di Dublin itu merungut kerana telefon asyik ‘bertunang’ aje…
Iskandar mencapai begnya lalu mengeluarkan satu bungkusan beg kertas. Sehelai kain biru pirus dikeluarkan dari bungkusan tersebut. “Umi, ni kain yang Is kata Is beli tapi tertinggal kat pejabat semalam tu. Cantik tak?”
“Wah, cantiknya! Memang sesuai dengan kulit Nudra yang putih tu. Pandai Is pilih…” Dr Mardhiah membelek-belek kain lace itu dan dia nampak cukup puas hati dengan pilihan anaknya.
“Puas jugak Is termenung kat butik tu. Banyak sangat pilihannya, sampai rambang mata Is ni dibuatnya. Kami rancang nak buat tema biru dan putih. Nudra yang mintak warna biru, warna favourite dia.” Tanpa segan silu Iskandar memberitahu perancangan mereka untuk hari perkahwinan mereka.
“Siapa yang nak jahit baju ni? Kalau nak tempah, Is kena cepat-cepat, takut apa-apa hal pulak,” pesan Dr Mardhiah mengingatkan . Dia pula yang terlebih teruja dan rasa tidak sabar menunggu hari.
“Nudra kata dia sendiri yang nak jahit dan sulam baju tu. Nudra kan memang ambil tempahan jahit baju.”
“Oh, macam tu! Bagus jugak kalau macam tu. Tapi tak nak hantar ke butik mana-mana ke? Tak adalah bakal pengantin susah-susah nak fikir nak jahit sendiri baju tu lagi. Alah, keluar belanja sikit Is, bukannya selalu. Kalau tak cukup duit, boleh umi tokok sikit-sikit. Janji puas hati.” Dr Mardhiah melipat semula kain tersebut dan memasukkannya ke dalam begnya.
“Is dah cadangkan macam tu kat Nudra, tapi Nudra nak jugak jahit sendiri. Tak apalah, mungkin dia rasa lebih puas hati atau confident buat sendiri. Bila lagi dia nak tunjukkan kemahiran dia, masa nilah…”
“Betul jugak kata Is tu, masa nilah nak tunjuk kemahiran sendiri. Kalau macam tu tak apalah. Umi pun dah tak sabar nak tengok hasil kerja bakal menantu umi tu.” Senyuman manis terus terukir di bibir wanita separuh baya itu.
Iskandar yang merasa amat letih dan hampir terlelap itu segera bangkit sambil membetul-betulkan pinggangnya. “Is naik dulu ya, umi. Nanti kalau ayah dah balik, Is turun semula. Is nak mandi ni. Kalau diikutkan penat, karang tertidur sampai Subuh. Badan Is ni pun dah melekit-lekit rasanya. Lagipun tak lama lagi dah nak Mghrib.”
“Okeylah. Jangan pulak sampai tertidur senja-senja ni, lesu badan tu nanti. Lagipun Is tu tengah darah manis,” pesan Dr Mardhiah dalam nada bergurau.
Iskandar yang sedang mendaki anak tangga menyambut kata-kata uminya dengan ketawa panjang. “Kenapa umi kalau orang darah manis tidur senja-senja? Takut nyamuk gigit ke? Nyamuk tentu suka kalau darah manis ni, kan?” balas Iskandar juga dengan nada bergurau.
Dr Mardhiah tergelak dengan jenaka anaknya. Iskandar… Iskandar…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan