MUSIM hujan sudah bermula sejak seminggu yang lalu. Boleh dikatakan setiap hari Bandar Maharani itu disimbahi hujan lebat dari pagi hingga ke petang. Kedinginan malam makin terasa dek kerana hujan lebat yang turun sepanjang hari di siang tadi. Sungguhpun begitu, langit cerah dengan bintang bertaburan umpama intan yang tersusun di atas hamparan baldu hitam. Angin malam yang berhembus lembut menerobos masuk melalui tingkap menjadikan suasana malam semakin indah dan damai. Maha Suci ALLAH yang menciptakan malam dan siang silih berganti!
Sudah hampir satu jam Nudra duduk termenung sambil menongkat dagu di jendela yang terbuka luas itu. Entah kenapa sejak kecil lagi dia amat senang melihat langit, tak kira siang mahu pun malam. Baginya, bintang yang bergemerlapan di malam hari umpama lukisan alam yang sungguh indah sekali. Dan awan yang bergumpal-gumpal di siangnya pula bagaikan kapas yang terapung di angkasa. Semua itu cukup menakjubkan.
Nudra masih ingat setiap kali melihat kumpulan bintang yang bertaburan di langit, dia dan Hannah berebut-rebut mencari bentuk dan meneka nama-nama buruj itu. Waktu itu dia bersungguh-sungguh menghafal nama buruj-buruj yang diajarkan Tok Ayah; seperti Biduk, Buruj Pari, Buruj Pemburu atau Buruj Belantik dan Buruj Scorpio. Kata Tok Ayah, kumpulan bintang-bintang itu digunakan oleh pengembara bagi menentukan arah dan haluan. Seronoknya bukan kepalang apabila dapat meneka bentuk buruj yang ditunjukkan Tok Ayah. Lebih seronok bila Hannah tidak dapat menjawabnya. Jahatnya dia ketika itu. Dan gembiranya dia mengalahkan orang yang sudah melepasi ujian untuk menjadi angkasawan apabila mendapat pujian dari Tok Ayah.
Tok Ayah bagaikan guru astronominya. Pengetahuan Tok Ayah tentang angkasa lepas begitu luas sekali. Cerita-cerita Tok Ayah yang diambil daripada kitab-kitab lama dan diselitkan dan teori saintifik sungguh mengkagumkan jiwa kanak-kanaknya. Dan ketika itu mulalah dia menyimpan cita-cita untuk menjadi astronout bila dewasa nanti. Lucu kan? Nudra… Nudra… Alangkah indahnya waktu itu.
Melihat ke langit yang ditaburi bintang gemerlapan mengundang rindu pada masa lalu yang sudah jauh berlalu dan tak mungkin akan berulang lagi. Di antara bintang-bintang yang bergemerlapan itu, terlukis wajah-wajah yang dirindui; Tok Ayah, Mak Tok, Hannah dan … dan juga wajah yang sejak akhir-akhir ini sering saja muncul dalam mimpinya.
Tiba-tiba saja Nudra terasa bahunya dicuit orang. Pantas dia berpaling ke belakang. Seorang gadis dengan sepasang pijama kain kapas bercorak abstrak sedang berdiri sambil tersengih menampakkan lesung pipit di pipi kirinya. Rambutnya yang lurus itu diikat ke belakang. Mukanya yang bulat, pipinya yang gebu itu menjadikan wajah gadis yang berusia tujuh belas tahun itu nampak masih keanak-anakan.
“Pesan orang tua-tua, anak dara jangan termenung tepi jendela nanti kahwin dengan…”
“Kahwin dengan apa? Dengan pungguk?” Pintas Nudra sebelum sempat Ruslina menghabiskan ayatnya. Pungguk? Hmmm… seperti pungguk rindukan bulan. Ya, dialah pungguk tu. Gumam Nudra sendiri. Pipi Ruslina yang gebu itu dicubitnya perlahan kemudian terus melihat ke langit semula, menyambung kenangan yang terganggu sebentar tadi.
“Belum habis kira bintang ke? Lina datang pun Kak Nudra buat tak tahu je.” Ruslina sudah merebahkan badannya di katil yang masih kemas dengan cadar merah jambu berbunga-bunga kecil.
“Bukan kira bintang, tapi tengah menghayati keindahan alam ciptaan ALLAHni. Cuba Lina tengok, cantik langit malam ni kan? Banyak betul bintang. Dingin pulak tu, tak macam malam-malam biasa. Rasa damai je…” balas Nudra sambil menunding jarinya ke langit hitam.
Kata-kata Nudra memaksa Ruslina bangkit lalu turut sama mendongak ke langit lalu menggeleng-geleng. “Kak Nudra ni, tengok langit pun boleh kata cantik. Macam orang tak pernah tengok bulan bintang. Eii, ‘semental mamba’ betullah!”
Nudra tertawa perlahan. Semental mamba? Lina… Lina… Suka sangat mereka istilah sendiri. “Hmm… kalau tak rosakkan bahasa boleh tak? Suka sangat guna bahasa ciptaan sendiri. Sentimental pun boleh ”
Ruslina hanya tergelak dengan komen kakak sepupunya lalu menghenyakkan badannya ke tilam semula. Berkeriuk bunyi katil dihempap tubuh gempalnya.
“Bukan sentimental, tapi kagum dengan kejadian ALLAH. Tak salahkan? Dapat pahala lagi ada. Lagi pun dah lama akak tak nikmati suasana macam ni,” sambung Nudra menjawab usikan Ruslina sebentar tadi.
“Tengok bintang ke, teringat buah hati ni?” usik Ruslina tanpa mempedulikan kata-kata Nudra sebentar tadi. Dalam hati dia meneka sendiri apa yang sedang kakak sepupunya fikirkan saat itu. Tentu saja sedang merindu orang jauh, Ruslina terus membuat andaian sendiri.
Nudra tertawa kecil lalu menoleh ke arah Ruslina yang sedang terbaring sambil memintal-mintal rambut yang bertocang itu. “Kalau ada buah hati, mestilah tengah ingatkan dia. Masalahnya, akak ni manalah ada buah hati ke, buah jantung ke…”
“Betul ke Kak Nudra tak ada boyfriend? Lina macam tak percaya je. Masa sekolah-sekolah dulu takkan tak ada? Ehem… takkan dah lupa pakwe lama kot?” Ruslina bersuara riang, masih tidak jemu menggiat Kak Nudranya yang pendiam dan perahsia itu. Mustahil rasanya kalau gadis secantik Kak Nudra tidak pernah ada buah hati. Bentuk mukanya yang bujur sirih dihiasi kening yang terbentuk cantik dengan tubuh tinggi lampai seperti Eja pelakon drama itu takkanlah tak ada orang yang jatuh hati. Daripada cerita abangnya, sewaktu di sekolah dulu Kak Nudra ni ramai peminatnya.
“Kalau ada, mestilah Lina orang pertama yang tahu. Lina kan perisik antara bangsa? Lina bukan tak tahu, nenek tu kalau dapat tahu Kak Nudra ni ada boyfriend, ‘masak’ dileternya,” ucap Nudra dengan nada berjenaka sambil terus merenung langit. Ah, tiba-tiba satu wajah melintas ruang fikirnya. Di mana kau sekarang, sahabat? Cepat-cepat Nudra mengusir rindu yang tiba-tiba mengusik hatinya.
“Tapi gaya Kak Nudra ni macam tengah rindukan seseorang je. Mungkin tunggu berita dari orang jauh, barangkali?” Ruslina mengumpan cerita sambil mengulum senyuman. Dia yakin ada seseorang yang Nudra rindu dan nantikan.. Hah, nantilah! Nak berahsia konon… Tentu lepas ni dia tak boleh berahsia lagi. Kak Nudra tak tahu yang aku ada surprise untuk dia. Nantilah, kalau dia dah dapat nanti tentu merah padam muka kakak aku sorang ni! Ruslina terus mengomel di dalam hati.
Nudra menoleh ke arah Ruslina yang sedang tersenyum-senyum. “Tunggu surat? Hmm… Tunggu bulan jatuh ke riba adalah.” Balas Nudra sambil mencebik. Wajah pemuda berkaca mata itu melintas semula dalam ingatan. Kenapa nama itu yang sering mengganggu fikiran sejak akhir-akhir ini? Oh, hati! Jangan siksa aku begini.
“Bulan jatuh ke riba ya? Bunyi macam orang patah hati je? Kenapa, dah lama tak dapat berita dari orang jauh ke? Atau kasih sudah hilang entah ke mana?” Ketawa Ruslina memenuhi ruang kamar yang sederhana besar itu. Seronok sungguh dia dapat mengusik Nudra. Lebih seronok bila muka Nudra berubah jadi merah padam begitu. Kak Nudra… Kak Nudra… dengan aku pun nak malu ya! Ruslina terus mengomel di dalam hati.
Nudra hanya tersenyum melihat telatah gadis berkulit putih gebu itu. Terasa lucu pula mendengar ketawa Ruslina yang ‘lemak manis’ itu. Ruslina kalau ketawa bukan mudah hendak berhenti. Orang yang tak tahu apa-apa pun boleh turut sama tergelak mendengarnya. Hati yang gundah-gulana pun boleh terhibur.
“Pandai-pandai aje Lina ni. Suka hatilah nak cakap apa pun. Patah hati ke, patah tengkuk ke…” Nudra cuba menepis usikan Ruslina. Ruslina ni, macam tahu-tahu pula hatinya yang dicuit rindu sejak akhir-akhir ini. Teruk juga ya bila merindu pada yang tiada? Bagai pungguk rindukan bulan… Aduh, Nudra! Kenapa dengan awak ni? Pada siapa awak merindu dan sejak bila pulak pandai sebut ungkapan begitu? Langit malam terus menjadi bahan tatapannya.
“Kalau bulan jatuh ke riba, Kak Nudra nak buat apa?” Ruslina masih belum jemu mengusik. Kak Nudra ni macam tak ada perasaan je, bila diusik pun dia jarang hendak marah. Paling tidak dia hanya tersenyum atau ketawa perlahan saja dengan mukanya yang merah padam. Getus Ruslina lagi.
“Kalau bulan jatuh ke riba, akak buat press conferencelah.” Selamba saja Nudra menjawab tanpa menoleh. Ruslina yang mendengarnya sudah ketawa terkekeh-kekeh.
“Tak sangka pulak kakak Lina sorang ni pandai buat lawak. Ingatkan serius dua puluh empat jam,” komen Ruslina dalam sisa ketawanya.
Nudra menghampiri Ruslina lalu merebahkan badannya di sebelah gadis yang sedang terbaring itu. Terhimpit-himpit tubuh gempal Ruslina ke tepi dinding.
“Takkanlah akak nak ketawa je memanjang dan takkan pulak akak nak menangis sepanjang hayat? Manusia ni memang ALLAH jadikan dengan bermacam-macam perasaan; ada sedih, ada suka.”
“Tapi Lina nampak Kak Nudra ni asyik termenung je dua tiga hari ni, macam ada sesuatu yang tak kena je. Tak nak cerita kat Lina ke? Teringin benar Lina dengar cerita Kak Nudra. Manalah tahu, kot-kot Kak Nudra ni dah ada pakwe ke tapi malu nak cakap ngan nenek. Hah, dibuatnya nenek carikan dulu dan paksa Kak Nudra kahwin baru Kak Nudra tau. Lina dengar nenek pun dah mula merisik-risik nak carikan calon suami untuk cucu dia sorang ni.” Ruslina mereka-reka cerita agar sepupunya membuka mulut kerana dia sendiri sudah tidak sabar-sabar lagi hendak menunggu surprisenya buat Nudra.
“Lina cakap apa ni? Jangan main-main!” Nudra membulatkan matanya memandang Ruslina. Dia tidak percaya dengan apa yang disampaikan Ruslina sebentar tadi. Mustahil nenek nak carikan jodoh untuknya pula. Sungguh mustahil! Tapi kalau betul bagaimana? Oh, mintak dijauhkan! Dia masih belum fikir tentang itu…
“Tak adalah, Kak Nudra. Lina acah aje. Haa… kan dah panik. Lina rasa satu hari nanti Kak Nudra kahwin dengan putera dari langit yang sedang Kak Nudra rindukan tu. Percayalah…”
“Lina… Lina… Apalah yang Lina lalutkan ni? Tiba-tiba cerita pasal buah hatilah, nak kahwinlah… Eh, adik akak ni dah ada buah hati ek?” Mata Nudra mengedip-ngedip memandang Ruslina.
Ruslina mencebik. “Orang tanya dia, dia kata kita pulak. Lina ni mana ada buah hati. Hati ni hanya ingat nak periksa je. Mana boleh nak bercinta lagi,” rengek Ruslina manja.
“Cewah… baguslah tu. Tapi kenapa tak pasal-pasal cerita pasal kahwin ni?” Nudra menjeling sekilas Ruslina di sebelahnya. Ruslina yang masih memintal-mintal rambut hanya tersenyum dan menjeling nakal.
“Lina rasa Kak Nudra ni tengah kangen dengan seseorang dan orang tu pun sama-sama tengah kangen banget sama Kak Nudra. Kok sampai merenung langit, mengira bintang?” Ruslina berkata dengan lenggok bahasa Indonesia sambil menarik hidung Nudra. Nudra yang berbaju labuh hijau pucuk pisang itu mengaduh kesakitan.
“Hey, kangen tu apa ya?” Nudra turut mengikut lenggok percakapan Ruslina. Badannya dibalikkan lalu meniarap sambil memandang tepat ke wajah Ruslina.
“Ini mesti pengaruh drama Indonesia ni. Itulah, suka sangat tengok cerita Indon kat tv tu,” sambung Nudra lagi sambil membetul-betulkan rambutnya yang terjurai ke bahu.
“Mengikut Kamus Dewan Jawa, kangen tu samalah ertinya dengan rindu. Rindu… Kak Nudra tahu tak makna rindu? Haa… macam Kak Nudra nilah, tengok langit pun nampak cantik. Orang kira duit dia kira bintang.” Ruslina ketawa terus.
Nudra membalas cubitan ke hidung Ruslina. Menjerit gadis genit itu kesakitan. “Lina ni ada-ada ajelah. Kamus Dewan Jawalah, apalah… Dah, jangan nak menyakat lagi. Dah malam ni… Bising-bising nanti nenek terjaga. Tak pasal-pasal nanti kena tadah telinga sampai ke pagi. Akak tak sanggup dengar nenek berleter tengah-tengah malam ni.” Nudra mengingatkan. Bilik Nenek Sophia yang terletak di hujung rumah tidaklah jauh dari biliknya. Suara Ruslina mungkin boleh didengari neneknya dalam keadaan malam yang sunyi itu.
“Nenek dah tidurlah. Dia kan tak pernah tidur lewat, takut mata jadi lebamlah, apalah… Lagipun pintu bilik ni Lina dah tutup rapat-rapat, tak ada orang boleh dengar,” ujar Ruslina sambil menggosok-gosok hidungnya yang kemerahan dicubit Nudra sebentar tadi.
“Kalau bukan nenek yang marah nanti Pak Lang kat bilik depan tu tak boleh tidur. Dia tu bukan boleh tidur kalau orang bising-bising. Bunyi orang menguap pun dia boleh terjaga,” gurau Nudra sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir, mengisyaratkan agar Ruslina diam.
“Okeylah… Lina diam. Lina pun tak sanggup dengar kalau kena jerkah dengan Pak Lang.” Ruslina menekup mulut. Barulah dia tersedar yang dia sekarang berada di bilik Nudra, bukan di bilik sendiri. Kalau di bilik tidurnya, dia tidak kisah sangat untuk bising-bising kerana agak tersorok dari orang lain. Sebentar kemudian suasana jadi sepi.
“Kak Nudra tengah teringat kat seseorang kan? Kalau tidak takkan asyik kira bintang je?” soal Ruslina masih tidak jemu menguja Nudra untuk membuka rahsia hatinya. Tentu kakak sepupunya itu ada menyimpan rindu pada seseorang.
“Eh, tak habis-habis lagi nak buat serkap jarang?” Nudra buat-buat marah sedangkan wajahnya sudah berubah rona. Benarlah, aku rindukan seseorang. Tapi sayang orang yang dirindu itu entah di mana…
“Kak Nudra, betul ke ke Kak Nudra tunggu dia?” sambung Ruslina lagi sudah tidak sabar untuk mendengar pengakuan Nudra.
“Siapa?” Nudra terjerit kecil, sedikit terusik dengan pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu. Mengapa Ruslina bertanya begitu? Gadis itu seolah-olah dapat meneka apa yang sedang mengganggu hatinya kebelakangan ini. Ah, dia sendiri tidak mengerti mengapa seraut wajah itu yang sering menjelma dalam tidur dan jaganya sejak akhir-akhir ini?
“Iskandar.” Ruslina buat-buat selamba tetapi masih mencuri pandang ke wajah Nudra dengan ekor mata, cuba mencari riak di wajah sepupunya itu.
Iskandar? Hampir saja Nudra melompat sebaik saja nama itu terlepas dari bibir mungil Ruslina. Namun dia cepat tersedar dan cuba dikawal emosi yang tercuit secara tiba-tiba itu. Nudra terkedu sebentar. Pantas dia bangkit lalu menghadap ke arah Ruslina yang sudah pun berdiri di tepi katil.
“Kalau Kak Nudra tak nak ngaku pun tak apalah. Lina surrender. Lina tak naklah dera perasaan Kak Nudra yang dah cukup tersiksa nampaknya tu. Mata Lina ni pun dah mengantuk sangat dah. Kak Nudra tak nak cerita pun Lina dah tahu jawapannya. Nah, ini mungkin akan buat rindu Kak Nudra terubat malam ni!” Sebentar kemudian Ruslina tersenyum-senyum lalu menghulurkan sekeping poskad kepada Nudra yang masih terpinga-pinga. Pandangannya terpaku pada poskad yang sudah beralih tangan.
“Selamat malam, Kak Nudra. Tidur lena-lena tau, jangan asyik kira bintang je… Bulan pun dah jatuh ke riba ni. Bila lagi nak buat press conference dengan nenek?” sakat Ruslina yang sudah di muka pintu. Ketawa Ruslina terus berpanjangan.
Pandangan Nudra jatuh pada poskad di tangan. Baris-baris ayat tulisan tangan yang kemas itu dibacanya baris demi baris.
Assalamualaikum.
Salam rindu dari benua kangroo. Entah kenapa langit malam ini membuat aku terkenang kepada gadis bernama Nudra Haneem. Apa khabar agaknya di sana? Semoga sentiasa dirahmati ALLAH dan dilindungi-NYA.
Iskandar
Sydney
Iskandar! Sekali lagi dia menyebut nama itu. Sebentar kemudian dia menelan liur. Tekaknya terasa perit tiba-tiba…
ISKANDAR! Nudra menyebutnya sekali lagi. Entah sudah kali berapa nama itu terluncur dari bibirnya sejak membaca patah-patah kata yang tertulis pada poskad yang diberikan Ruslina malam tadi. Senyumannya pun tak putus-putus menguntum di bibir.
Entah apalah mimpi lelaki itu sehingga mengirim khabar setelah bertahun membisu. Wajah Iskandar menjelma lagi dalam ingatan. Pemuda berkulit cerah itu rupanya masih ada ingatan untuknya. Teman sekelas sejak di tingkatan empat itu pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu. Siapa tidak jatuh hati dengan lelaki sekacak Iskandar? Tambahan dia adalah di antara pelajar cemerlang dan aktif di sekolah. Tetapi siapalah dia untuk memiliki hati pemuda itu. Alah, lagipun manalah dia ada kawan lelaki? Kawan perempuan pun boleh dikira dengan jari. Mungkin sifatnya yang pendiam dan tidak banyak cakap yang membuatkan dia tidak mempunyai ramai sahabat.
Dulu, dia suka sangat memerhati telatah Iskandar dan adiknya, Nasyrah. Nampak sangat Nasyrah yang muda dua tahun dari mereka itu begitu manja dengan abangnya. Iskandar pula melayan adiknya seperti adiknya masih kanak-kanak, penuh tanggung jawab dan bertimbang rasa. Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu melihat kemesraan dua beradik itu. Maklumlah, dia tidak pernah punya abang dan tidak pernah pula merasa dilayan sebaik itu oleh sesiapa pun selain Tok Ayah. Alangkah berntungnya Nasyrah yang dikurniakan abang sebaik Iskandar! Kali terakhir dia bertemu Iskandar adalah pada hari terakhir peperiksaan SPM. Beberapa bulan kemudian dia dapat tahu sahabatnya itu dapat menyambung pelajaran di luar negeri dengan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. Beruntunglah orang yang bijak seperti Iskandar, tak macam dia… Walau apa pun, dia tetap tumpang gembira dengan kejayaan Iskandar. Dan sejak itu nama Iskandar hampir lenyap dari ingatannya. Tetapi entah kenapa sejak akhir-akhir itu nama itu kembali menggegarkan perasaannya dan seperti kebetulan pula poskad yang tak disangka-sangka tiba ke pangkuannya.

13 ulasan:
salam rindu buat semua...
semoga anda semua enjoy dengan 'hidangan' yang tak seberapa ini.
seriiiiii!!! selamat kembali menulis..
salam rindu buat seri jugak..
sayang kat seri...mmuahhh! permulann yg baik...best lah citer ni nanti jgn lupa sambung n3 baru yea..
p/stak de chat box ker?
salam sayang kak seri,
diya dah abis baca. Thanx utk entry.Dah linkkan pun kat blog JUST FOR YOU.
Betul..permulaan yang baik. Diya menantikan sambungannya. Lama tak baca hasil tangan kak Seri.
mar, hehehe... cadanganmu mengujaku! :P
anim,
terima kasih kerana berkunjung.
silalh komen aa yang patut. hehehe
diya,
terima kasih... terima kasih sebab link kan. malu nihh sebab dh lama tak muncul di alam maya. hehee
Kak seri,
wellcome back.... he..he.....
Salam kenal seriadriani.. permulaan cerita yg menarik. akan sy ikuti kisah selanjutnya.
-nor ash burn-
nawwir,
thanks.. jemputlah bertandang lagi
nor ash burn,
salam kenal, salam ukhuwah. rasanya dah lama kenal tapi tak pernah bertegur sapa. selamat dtg ke teratak baru saya. terima kasih
welcome back!
sememangnya dhiya nantikan kemunculan kak seri :)
kangen banget sama kak seri!
teruskan menulis!
dhiya,
TQ. meh hugs sikit... :P
Catat Ulasan