“KENAPA ibu pandang Nudra macam tu?” Tangannya yang sedang membetulkan cadar di katil terhenti seketika. Nudra terduduk di hujung katil. Wajahnya menampakkan kehairanan. Dia jadi serba-salah dipandang begitu.
Wan Munirah tidak segera menjawab. Wajah Nudra direnungnya lagi. Anak gadis yang tinggi lampai itu semakin manis dan dewasa. Dia anak yang baik dan taat. Syukurlah… Tetapi bila mengenangkan masa lampau yang hitam itu hatinya kembali walang.
“Ibu, kenapa?” Nudra mengulangi pertanyaannya lantas melompat turun dari katil yang sudah siap dikemaskan.
Munirah tersenyum. “Cepat sungguh masa berlalu. Dah lapan tahun Nudra tinggal dengan kami. Sedar tak sedar Nudra dah dewasa. Tapi dunia Nudra kat rumah ini aje. Kasihan Nudra, tak ada masa nak berkawan. Tiap-tiap hari uruskan ibu. Tentu Nudra bosan, kan?”
“Kenapa ibu cakap macam tu?” soal Nudra semakin hairan. Selama ini tidak pernah ibu mengambil tahu tentang dirinya. Tiba-tiba saja ibu jadi kasihan padanya dan tiba-tiba juga ibu fikirkan tentang kawan dan kehidupannya, tentulah dia rasa sungguh hairan. Tanpa menunggu jawapan Munirah, Nudra terus melangkah ke pintu sorong yang menghadap kolam. Kain langsir bewarna merah hati itu ditariknya ke tepi, membiarkan cahaya matahari masuk menyinarkan cahayanya ke dalam bilik yang sederhana besar itu. Pintu sorong kaca itu ditariknya sehingga terbuka luas.
Munirah menolak kerusi rodanya menghampiri Nudra yang sedang berdiri di tepi pintu sorong. Terpandang pemandangan indah di luar sana. Air kolam di tengah halaman nampak tenang dan mendamaikan walaupun sesekali berkocak bila ikan-ikan peliharaan mereka berenang ke permukaan. Bunga-bunga ros Jepun pelbagai warna menguntum indah di tepi halaman menambahkan keindahan.
Nudra menolak kerusi roda ibunya ke balkoni. Pandangannya turut tertumpu ke tengah kolam. Sepi menjadi perantara antara mereka. Begitulah selalunya bila Nudra berdua dengan Munirah, berbicara sepatah dua lalu masing-masing melayan perasaan. Kadang-kadang Nudra merasakan kehadirannya di rumah itu langsung tidak diharapkan oleh sesiapa termasuklah ibu. Kalau tidak masakan sewaktu dia dibawa Tok Ayah ke rumah Nenek Sophia lapan tahun yang lalu ibu langsung tiada reaksi? Setitis pun dia tidak nampak air mata ibunya menitis semasa pertama kali mereka bersua. Sewaktu dia didakap erat, sewaktu dia hangat dalam pelukan ibu, sedikit pun dia tidak merasakan kemesraan. Tidak sedikit pun dia merasa getaran kasih ibu mengalir ke jiwanya. Mungkinkah jarak waktu sepuluh tahun telah memusnahkan perasaan kasih ibu terhadap dirinya? Mungkinkah tempoh sepuluh tahun itu telah menjarakkan jati mereka?
Sentuhan tangan Munirah pada jemarinya membuatkan Nudra tersedar dari lamunan. “Ibu kasihan tengok Nudra. Sepatutnya Nudra ada waktu untuk diri Nudra sendiri, bukan hanya duduk kat rumah ni aje. Nudra dah banyak buang masa. Sepatutnya waktu-waktu macam ni Nudra masih belajar lagi. Nudra sepatutnya cari peluang yang lebih baik kat luar sana. Nudra masih muda,” ucap Munirah dengan suara perlahan. Dia dapat rasakan tekanan yang Nudra alami dikongkong dan dipingit begitu kerana dia juga pernah melaluinya suatu ketika dulu. Munirah tahu bagaimana jiwanya memberontak dengan segala peraturan yang dicipta Sophia. Ketika itu dia tidak pandai berbuat apa-apa selain taat dan menurut saja perintah orang tua. Tetapi zaman itu berbeza dengan zaman sekaranag. Sekarang manusia berlumba-lumba untuk berjaya kerana hidup makin mencabar.
Tangan ibunya digenggam erat, biar kasih ibu yang tidak pernah dia rasai selama ini mengalir terus ke jiwanya. Jarang sekali ibu mahu menyentuhnya apatah lagi membelainya meskipun dia sering mendambakan sentuhan dan belaian ibu. “Nudra tak apa-apa. Nudra lebih senang begini. Nudra sudah biasa. Lagipun, kalau Nudra nak kerja tentu nenek tak bagi. Nak tolong Mak Ngah dengan Mak Lang kat kedai emas dia orang pun nenek tak bagi, inikan pulak nak cari kerja kat tempat lain. Nak belajar, nenek dah kata Nudra ni memang otak tak bagus. Tak macam Syameer, Mubin, Erisha dan yang lain-lain.” Nudra masih ingat, nenek pernah berkata yang otaknya jadi lembab kerana makan makanan yang tidak berzat semasa tinggal dengan Tok Ayah. Kalau betul kata nenek, takkanlah umurnya tujuh tahun dia sudah boleh hafal sepuluh juzuk al-Quran. Nenek memang selalu memandang rendah pada Tok Ayah padahal Tok Ayah dan arwah Mak Toklah yang tolong nenek menjaganya sewaktu kecil dahulu.
Munirah mengeluh. Ucapan Nudra itu dirasakan sekadar untuk menyembunyikan perasaan sebenar yang tidak sesiapa pun yang akan mengerti. Sekali lagi tangan anak gadisnya dipegang erat. Dalam diri gadis itu terlalu banyak rahsia, terlalu banyak yang dia pendamkan. Terlalu sukar untuk dia selami hati Nudra kerana dia tidak pernah cuba mendekati anak sendiri. Nudra dekat tapi jauh… Bisik Munirah sendiri. “Kenapa ibu mengeluh ni? Macam ada sesuatu yang berat tengah ibu fikirkan. Sejak tadi Nudra rasa ibu pandang Nudra pun macam ada benda yang ibu nak katakan. Kalau ibu ada apa-apa nak cakap, cakaplah. Nudra sedia dengar. Mungkin Nudra ada buat salah ke...” Nudra kebingungan. Dia melutut di ibunya. Wajah Munirah dipandangnya penuh tanda tanya.
“Tak ada apa-apa, Nudra.” Munirah tunduk. Renungan mata itu mengingatkan dia pada seseorang. Benarkah mata itu milik lelaki itu? Atau mungkin itu sekadar ilusinya sahaja? Ya TUHAN…
Kali ini giliran Nudra pula melepaskan keluhan tetapi agak perlahan sehingga tidak disedari oleh Munirah. Dia sedikit kesal dengan ibunya yang langsung tidak pernah mahu berkongsi apa-apa cerita. Dia amat cemburu dengan Ruslina, Nabila dan Erisha yang begitu akrab dengan emak masing-masing. Walaupun kadang-kadang Nabila bercakap dengan Cu Syirah seperti hendak bergaduh saja tetapi kemesraan antara ibu dan anak tetap wujud. Kasih sayang antara mereka nampak jelas. Begitu juga dengan sepupu-sepupunya yang lelaki; Mubin, Syameer serta Ezzad. Sungguhpun mereka lelaki namun mereka tetap rapat dengan emak mereka.
“Kalau Nudra nak kerja atau nak sambung belajar, cakap aje dengan ibu. Ibu boleh cadangkan pada nenek.” Munirah bersuara kembali setelah agak lama sepi menemani mereka. Sebenarnya semakin Nudra dewasa semakin kecut hatinya. Tidak sanggup rasanya untuk berhadapan dengan kenyataan andainya rahsia yang tersimpan sekian lama terbongkar nanti. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Nudra? Bagaimana dia hendak berhadapan dengan masyarakat? Oh, tidak dapat dia bayangkan saat itu!
Wajah Munirah dipandang sekilas. Kata-kata itu tidak memberi makna apa-apa baginya sungguhpun itulah yang diharapkan setiap masa. Dia bukan tidak mahu menyambung pelajarannya yang sudah lama terbengkalai atau mencari kerja untuk menampung kehidupan sendiri. Tentulah lebih baik dia mencari rezeki sendiri daripada terus menumpang kesenangan Nenek Sophia semata-mata tanpa berbuat apa-apa. Tetapi dia sudah putus asa untuk meminta izin. Dia bukanlah mahu bebas seperti Nabila yang bercita-cita hendak jadi model itu, atau pergi jauh-jauh berminggu-minggu seperti Syameer yang bekerja sebagai peramugara. Dia hanya ingin mempunyai kehidupan sendiri yang tidak diatur dan diurus oleh orang lain. Tetapi itu hanyalah angan-angan dan impian yang tak mungkin jadi kenyataan selagi dia berada di bawah bumbung rumah ini. Nenek sudah putuskan sewaktu dia mendapat keputusan SPMnya dulu. Dia masih ingat kata-kata nenek, “Keputusan yang sekadar cukup-cukup makan itu hanya layak duduk di rumah saja, jaga ibu Usah mimpilah hendak sambung belajar atau memohon kerja. Buat malu aje kalau nak mintak ke mana-mana.” Lalu dia jadi patah hati dan patah semangat. Rasa rendah diri terus menyelubungi diri. Keputusan nenek tentulah sudah muktamad. Bila nenek kata ‘tidak’ tentulah tidak juga jawapannya sampai bila-bila. Dia sudah tidak boleh berbuat apa-apa selain berdoa yang terbaik.
“Nanti Nudra fikir dululah. Buat masa ni, Nudra belum nak ke mana. Bukan Nudra tak mahu kerja atau belajar, tapi nenek memang dah putuskan Nudra tak boleh ke mana-mana. Lagipun Nudra nak jaga ibu.” Suara Nudra kedengaran seperti orang berputus asa.
Munirah mengerti. Anaknya sudah lama menyimpan rajuk. Nenek Sophia sudah jadi seperti musuhnya pula. Apa saja yang berkaitan dengan neneknya, serba-serbi akan jadi negatif belaka. Dia tidak boleh salahkan Nudra sahaja kerana Nenek Sophia sendiri yang melayan cucunya yang seorang itu seperti orang asing. Nudra dibuatnya seperti orang menumpang saja di sini. Segala kemahuan Nudra disekatnya. Apa saja yang Nudra buat serba-serbi tidak kena. Kedua-dua cucu dan nenek itu seolah-olah tidak ada persetujuan langsung.
“Kalau Nudra nak kerja, nanti ibu beritahu nenek. Ibu rasa nenek tak ada masalah nak benarkan Nudra. Nudra pun dah besar.”
Nudra termenung sejenak. Ada benarnya juga kata ibu. Dia sudah dewasa untuk hidup berdikari. Takkan selamanya dia hendak hidup mengharapkan tanggungan orang. Sungguhpun Nenek Sophia orang berharta, tetapi tidak seharusnya dia bergantung hidup kepada orang tua itu saja. Sebelum nenek mengungkit, sebelum makcik-makciknya yang lain membuka mulut lebih baik dia beringat dahulu. Hati manusia boleh berubah bila-bila masa saja. Kalau hari ini putih, belum tentu esoknya masih bersih. “Terpulang pada ibu. Baik pada ibu, baiklah pada Nudra. Kalau nenek benarkan apa salahnya. Tak adalah Nudra makan tidur aje kat rumah.” Nudra sudah mula ghairah dengan cadangan ibunya. Semangatnya berkobar-kobar. Itulah kali pertama dia merasakan diri disayangi oleh ibu sendiri. Tangan Munirah diciumnya berkali-kali tanda terima kasih yang tidak terucap.
“Nudra, boleh ibu tanya?” tanya Munirah setelah sepi sejenak. Pertanyaan ibunya itu membuatkan Nudra segera menoleh. Tanpa sedar dia mengangkat kening, begitu teruja untuk mengetahui pertanyaan selanjutnya.
“Nudra dah ada kawan istimewa ke?”
Ah, ibu! Itu pula yang jadi persoalan di mindanya. Nudra jadi malu amat sangat dengan pertanyaan itu kerana biasanya dia dan ibu tidak pernah berbicara tentang apa saja yang berkaitan dengan hati. Tidak seperti Ruslina yang tidak segan-segan bercerita tentang pelajar senior yang diminatinya kepada Mak Ngah Sarina. Ataupun Erisha yang begitu terbuka bercerita tentang hal rumahtangganya kepada nenek dan Mak Lang Sarah. “Manalah Nudra nak ada kawan, bu. Ibu sendiri baru aje kata, Nudra ni asyik terperap kat rumah,” ucap Nudra dalam senyum nipisnya.
“Manalah tahu, diam-diam dah ada yang berkenan. Ibu pun jarang ambil tahu hal Nudra dan Nudra pun tak pernah nak cerita.”
Wajah Iskandar muncul di ruang fikiran. Poskad yang baru diterimanya semalam masih dalam ingatan. Ah, takkan hanya dengan sebaris ayat itu Iskandar sudah jadi teman istimewa! Jangan nak beranganlah Nudra Haneem…
“Kenapa pulak ibu tanya macam tu? Tiba-tiba aje ibu ni…” Nudra merasa mukanya merah padam menahan malu. Jarang sekali ibu hendak mengambil tahu tentang dirinya. Tentu ada sesuatu yang membuatkan ibu begitu beriya-iya ingin tahu.
“Ibu nak tahu je…”
Selasa, 7 Ogos 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
salam kak seri
mungkin akak tak kenal saya, tapi saya adalah pengikut setia kak seri sejak dari Cinta Seri Adriani lagi. Dah lama saya tunggu enovel akak, dan kini sudah muncul...
Tahniah!!
kesiannya kat nudra..tak patut nenek dia buat gitu..nak kena nenek ni..
Mais 2 choses me posent probl猫me : mon contrat est r茅cent donc comment savoir le nombre de mois travaill茅s sur lequel se baser? ce chiffre de 30 jours de cong茅s me semble difficile 脿 appliquer 脿 mon cas puisque je ne travaille finalement que 8 jours par mois!!Quelqu'un pourraitil me renseigner 脿 ce sujet?follymicLe droit au cong茅s se calcule pendant une p茅riode de r茅f茅rence allant du 1er juin d'une ann茅e au 31 mai de l'ann茅e suivante.(Sauf dans le b芒timent ou la p茅riode par du 1er avril d'une ann茅e au 31 mars de l'ann茅e suivante).Exemple : On additionne les salaires per莽us entre le 1er juin 2005 et le 31 mai 2006.Ce total, on le multiplie par 10 % ce qui repr茅sente le droit au cong茅s en .Si le salari茅 脿 travaill茅 toute cette p茅riode, il a droit 脿 30 jours de cong茅s (2,5 jours par mois x 12).Les 10 % de salaire cumul茅 / 30 jours = droit au cong茅 pour un jour.Les temps partiels ont effectivement droit 茅galement 脿 30 jours de cong茅s pay茅s par ans, mais comme pour les autres salari茅s, les jours sont d茅compt茅s 脿 partir du jour ou tu aurais d没 travaill茅 jusqu'脿 la veille du jours ou tu reprends (on ne compte pas le dimanche, ou si le dimanche est habituellement un jour travaill茅, c'est un autre jour de la semaine qui ne se compte pas). Donc si tu prends les 2 jours travaill茅s de la semaine comme cong茅s, on te d茅comptera 6 jours, et non pas 2.Dans tous les cas, tu acquierts 2,5 jours par mois, donc il suffit que tu multiplies le nombre de mois travaill茅s par 2,5 pour savoir combien de jours tu as acquis.Par contre, l'ann茅e pour les cong茅s va du 1er juin au 31 mai, et donc, tu peux prendre 脿 partir du 1er juin les cong茅s acquis l'ann茅e pr茅c茅dente, donc dans ton cas, 莽a ne fait que 5 jours (avril et mai), soit m锚me pas une semaine. Mais tu peux voir si ton entreprise accepte de te laisser prendre des cong茅s que tu n'aurais en principe pu prendre qu'脿 partir du 1er juin de l'ann茅e prochaine..
Peut on congeler des poires [url=http://www.chaussuresfootlockerpascher.com/]http://www.chaussuresfootlockerpascher.com/[/url] et comment le papa et la maman font que leurs graines se m茅langent
Elle allaiteEn fait, c'est difficile 脿 dire, certains b茅b茅s prennent un rythme plus cool, et tout se passent bien (comme d茅crit cidessous) mais parfois, d'autres ne r茅clament pas suffisamment et il faut les r茅veiller. C'est quelque chose qui arrive assez fr茅quemment en d茅but d'allaitement. [url=http://www.chaussuresfootlockerpascher.com/]google site[/url]
Featuring an enhanced My Player mode and allnew gameplay features, NBA 2K13 will let gamers pit the best players in NBA history against the new dynasty of talent..
Stores include Morrison's Supermarket and Woolworths. Merrion Superstore is an indoor market at the rear of the center. [url=http://www.chaussuresfootlockerpascher.com/]jordan femme foot locker france[/url]
On croyait cette licence sur le banc depuis l'茅pisode 2011, mais 脿 notre grande surprise, 2K sports va faire ressortir son gant, et lancer MLB2K13 le 5 mars prochain sur PS3 et Xbox360. Eclips茅 par EA SPORTS et son MLB 13, 2K Sports avait au pr茅alable indiqu茅 que la s茅rie serait rang茅e au placard.
Catat Ulasan