“MAK LONG, ni gambar kahwin Mak Long kan?” Sekeping gambar yang sudah agak lamabertukar tangan. Syameer merenung wajah Munirah, mencari reaksi dari riak di wajah makciknya itu.
Munirah terpempan. Gambar yang sudah bertukar tangan itu direnungnya tak berkelip. Tiba-tiba saja kepalanya terasa berdenyut-denyut. Dadanya berdebar-debar hebat. Matanya berpinar dan pandangannya hampir kelam. “Mana Syameer dapat ni?” pantas Munirah menyoal. Seingat dia, tidak ada sesiapa pun yang menyimpan gambar perkahwinan itu. Dia sendiri hanya ada sekeping sahaja yang berjaya disorokkan sebelum Sophia membuangnya. Sehingga kini Sophia tidak tahu yang gambar itu masih dalam simpanannya.

Bagaimana Syameer dapat gambar tu? Mustahil kalau Syameer terjumpa gambar yang disorok oleh Sophia. Mustahil! Mustahil kalau Syameer menjumpainya kecualilah kalau Syameer telah menyelongkar bilik neneknya Tetapi mustahil Sophai menyimpannya lagi. Tentu gambar-gambar perkahwinannya itu sudah dibuang entah ke mana. Ah, mustahil Syameer terjumpa!
“Ada orang bagi kat saya,” jawab Syameer, sengaja membiarkan Munirah tertanya-tanya. Dia ingin melihat reaksi emak saudaranya itu.
Bulat mata Munirah memandang Syameer sebaik saja mendengar jawapan Syameer. “Siapa?” soal Munirah dengan suara yang agak keras. Tidak sabar rasanya inginmengetahui jawapan Syameer.
Syameer membiarkan waktu berlalu sepi. Dia sengaja berlengah untuk menjawab pertanyaan itu untuk melihat reaksi Munirah seterusnya. Ternyata Munirah nampak resah dan tidak sabar menunggu lGI jawapannya. “Ada seorang lelaki berikan gambar ini kepada saya.”
“Siapa? Di mana Syameer jumpa dia?” Munirah semakin resah. Jawapan Syameer tidak memuaskan hatinya. Dia ingin tahu siapa lelaki itu. Mustahil lelaki itu Eusoff. Eusoff kan sudah meninggal. Tentu ada kenalan Eusoff yang masih menyimpan gambar itu sebagai kenangan. Mungkin juga lelaki yang Syameer jumpa tu adalah keluarga terdekat Eusoff. Debaran di dada semakin hebat dirasakan.
“Uncle Eusoff. Saya jumpa uncle Eusoff katAmsterdam.”
Sekali lagi mata Munirah membuntang. “Syameer… apa Syameer cakap ni?” Suara Munirah kedengaran lebih keras. Adakah Syameer ingin main-mainkan dia?
“Mak Long, saya jumpa lelaki bernama Eusoff dan dia berikan gambar tu kat saya,” Syameer menjelaskan lagi.
“Syameer pecaya? Maksud Mak Long, Syameer percaya lelaki tu namanya Eusoff? Syameer yakin orang tu sama dengan orang dalam gambar ni?” Suara Munirah hampir tidak kedengaran.
Berkerut kening Syameer tatkala pertanyaan itu keluar dari mulut Munirah. Dia tidak mengerti mengapa Munirah perlu bertanya lagi. Dia sendiri berdepan dengan Uncle Eusoff, dan wajah lelaki itu tiada beza sedikit pun dengan wajah di dalam gambar itu. Kalau berubah pun hanya tubuhnya saja yang semakin tegap dan berisi. Tiada sebab untuk dia tidak percaya. Lainlah kalau pelanduk dua serupa ataupun Uncle Eusoff ada kembar seiras. “Kenapa Mak Long tanya macam tu?”
Munirah melepaskan keluhan yang panjang. “Mak Long tak percaya. Itu orang lain, bukan dia.” Suara Munirah seakan hendak menangis. Tangan kirinya memicit-micit dahi.
“Eusoff sudah mati!” sambung Munirah lagi.
“Tapi saya jumpa dia kat sana. Wajahnya sebijik dengan dalam gambar ni. Dia sebut nama Nenek Sophia dan Tok Aki dengan tepat. Dia masih hiduplah Mak Long. Macam mana semua orang boleh kata dia dah mati? Mak Long tak gembira ke dengar berita ni?” Syameer masih cuba menyakinkan Munirah bahawa lelaki yang dijumpainya di Amsterdam itu adalah Eusoff. Dia yakin Uncle Eusoff itulah suami Mak Long yang selama ini mereka anggap sudah mati. Dia juga hampir tidak percaya tetapi apabila lelaki itu bercerita tentang nenek dan Tok Aki, dia yakin lelaki itu adalah Pak Longnya.
“Tak hairan. Nenek dan Tok Aki memang ramai orang kenal,” balas Munirah dengan nada sinis. Munirah meletakkan gambar yang sudah kekuningan itu ke atas meja sisi. Dengan kerusi rodanya, dia menuju ke kolam lalu berhenti di tepinya. Wajah Eusoff terbayang di celah-celah bunga kiambang yang sengaja dibiarkan tumbuh memenuhi penjuru kolam. Hanya lelaki itu yang ada dalam hatinya. Eusoff adalah jiwanya yang sudah dibawa pergi.
Syameer turut sama melangkah mengekori Munirah. Banyak yang ingin dia ceritakan kepada emak saudaranya itu dan banyak juga yang dia ingin tahu tentang masa lalunya.
“Dia ada cerita pasal, anaknya yang tidak pernah dia jumpa. Adakah anak yang diamaksudkan tu, Nudra?” Dengan berhati-hati Syameer mengucapkan, sengaja ditekankan nama Nudra kerana ingin melihat reaksi Munirah. Lama kata-katanya dibiarkan sepi, seolah-olah langsung tidak didengari oleh wanita itu.
Munirah menghela nafas panjang sekali. Syameer dapat rasakan makciknya itu sedang menyembunyikan sesuatu, sesuatu yang mungkin terlalu pahit untuk dikenang atau terlalu buruk untuk dikongsikan bersama orang lain. Semakin Munirah diam, semakin hebat rasa ingin tahunya tentang masa lalu ibu saudaranya itu. Namun reaksi Munirah yang hambar itu membuatkan dia kembali berkira-kira untuk meneruskan pertanyaan. Semangat yang berkobar-kobar sejak dia balik semalam semakin luntur. Mak Long Munirah yang nampak selalu murung itu tidak dapat dijangka perasaannya.
Syameer benar-benar berharap agar ‘kepulangan’ Pak Long Eusoff akan mengembalikan keceriaan Mak Long sekeluarga. Dia ingin sekali melihat senyuman di wajah ibu Nudra itu.
“Syameer, Mak Long rasa kita tak perlu bincang pasal orang yang dah mati tu. Tentang Nudra juga… Jangan tanya apa-apa lagi pasal mereka. Mak Long nak masuk dulu.” Dengan segera Munirah menolak kerusi rodanya dengan laju. Syameer terpinga-pinga.
“Macam mana semua orang boleh kata Pak Long sudah mati?” Syameer semakin tidak sabar untuk tahu kisah sebenar tentang Pak Longnya. Banyak perkara sudah menjadi misteri sejak dia menemui Eusoff. Banyak persoalan yang timbul memenuhi benaknya tentang keluarga mereka terutamanya tentang Mak Long Munirah sendiri.
“Dia dah mati! Dah mati!”
Suara Munirah yang berupa jeritan itu membuatkan Syameer agak tergamam. Spontan dia mengangguk, agar Mak Long Munirah kembali bertenang.
“Syameer, jangan sekali-kali bawa cerita ni kat orang lain. Jangan sekali-kali!” Munirah memberi amaran dengan mata mencerun semasa melintasi Syameer. Syameer mengangguk sambil melihat wanita itu berlalu dengan kerusi rodanya masuk ke dalam rumah.
Dengan berat dia melepaskan keluhan. Ingin sekali dia menyelami perasaan Mak Long Munirah; ingin membaca setiap kata yang terdetik di hatinya, ingin berkongsi penderitaan yang sedang ditanggungnya, namun dia tidak mampu. Kalau setakat Mak Long sudah lupakan kisah lama dan menganggap Pak Long sudah mati Syameer tidak hairan sangat. Mungkin kerana ada peristiwa luka yang amat menyakitkan yang telah terjadi satu ketika dulu. Tapi dia betul-betul tidak faham mengapa Mak Long sampai hendak melupakan Nudra juga setelah dia temui ayah gadis itu. Syameer semakin bingung.
PETANG itu Syameer duduk-duduk di anjung di tingkat satu rumah sambil menikmati angin petang yang bertiup lembut dari kolam buatan arwah datuknya.
Fikirannya masih sarat dengan persoalan yang masih belum terjawab. Reaksi Mak Long Munirah pagi tadi membuatkan jiwanya menjadi resah. Dia tidak tahu hendak kongsikan dengan siapa segala gelodak perasaannya. Tidak ada sesiapa pun di rumah besar itu yang mungkin hendak mendengar keluh-kesahnya. Mereka semua sibuk, sibuk dengan segala urusan dunia yang tidak pernah selsai-selesai. Bosan!
Kadang-kadang dia merasa kesal dengan sikap penghuni rumah itu. Tak guna ada keluarga besar sedangkan seorang pun tidak boleh dibawa berbincang. Hendak harapkan abah dan mamanya yang selalu sibuk tu, jangan haraplah… Apatah lagi makcik-maksik dan pakcik-pakciknya yang lain. Hendak bercerita dengan Ruslina, adiknya itu berada di Pusat Matrikulasi di Kuantan. Kalau ada Ruslina boleh juga dia berkongsi cerita dan bergelak ketawa seperti selalu. Tunggulah malam nanti dia menelefon, bukan apa… hanya untuk bertanya khabar. Tak adalah dia nak mengganggu fikiran adiknya dengan cerita-cerita begini. Biarlah Ruslina belajar dengan tenang. Nak bercerita dengan sepupu-sepupunya jauh sekali, masing-masing dengan urusan sendiri. Ah, bosannya!
Justeru itu dia memilih kerjaya sebagai peramugara walaupun pada mulanya mendapat tentangan nenek dan mamanya. Dia mahu bebas daripada peraturan dan kongkongan nenek dan dia mahu lari dari bayangan nama keluarga Sophia. Nama itu membuat dia rasa terkongkong untuk melangkah bebas di luar sana. Peraturan dan protokol yang membuatkan anak cucu nenek tidak ramai sahabat, terasing dari masyarakat luar dan sering saja dipandang serong oleh sebahagian dari mereka. Nenek yang membina tembok antara mereka dengan orang lain. Nenek sering menganggap keluarganya adalah lebih baik dan lebih mulia berbanding orang lain. Kononnya nenek lakukan semua itu untuk menghidari mereka daripada bergaul bebas dengan anak-anak nakal dan terjebak dengan perkara bukan-bukan. Tetapi dia hairan, dengan Nabila peraturan itu seolah-olah tidak ada langsung. Nenek tidak adil dan pilih kasih! Itulah yang sering Nudra ucapkan kepadanya dan dia cukup setuju dengan pendapat itu.
Dan kerana itujugalah dia langsung tidak mahu terlibat dengan perniagaan emas nenek dan tidak pernah hendak ambil tahu tentangnya. Biarlah dia tidak menumpang senang dengan harta nenek pun tidak mengapa asalkan dia bebas memilih caranya tersendiri. Dia sudah jemu dan muak dengan segala sandiwara penghuni rumah ini. Masing-masing suka bermuka-muka semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Wajah manis lebih dari gula tapi hati di dalam busuk umpama bangkai!
Dalam situasi begini dia teringatkan Nudra. Gadis manis yang pendiam itu masih boleh dibawa berbual dan sanggup mendengar apa saja ceritanya. Hati gadis bernama Nudra Haneem itu masih bersih, masih belum tercemar dengan sikap busuk hati anak cucu Wan Anum Sophia. Dia amat bersyukur apabila mengetahui Nudra sudah kembali semula ke rumah Tok Ayah sebelum gadis itu terpengaruh dengan perangai orang-orang di rumah itu. Sungguhpun dia tidak kenal dengan Tok Ayah, namun dia yakin Nudra lebih sesuai di sana dan gadis itu tentu cukup gembira dapat kembali ke tempat dia membesar dulu.
Ingin sekali dia ke rumah Tok Ayah. Bukannya jauh sangat pun, hanya di daerah Muar itu juga. Tetapi dia tidak tahu di mana kampung Tok Ayah, apatah lagi rumahnya. Hanya nenek seorang saja yang tahu dan nenek tidak akan sesekali memberitahu sesiapa pun dari cucunya di mana rumah Tok Ayah. Hairan, kenapa nenek hendak menghalang mereka dari berjumpa dengan Nudra? Teruk betullah nenek aku sorang ni!
Fikiran Syameer kembali kepada Mak Long Munirah. Wajah Munirah silih berganti dengan wajah Eusoff dan sesekali wajah Nudra muncul di layar ingatannya. Kalaulah Nudra ada ketika ini, alangkah!
Pertemuan yang tidak sengaja dengan Eusoff di restoran makanan Muslim di kota Amsterdam itu bermula setahun yang lalu. Dia menjadi pengunjung setia restoran tersebut setiap kali dia ‘terbang’ ke negara yang terkenal dengan bunga tulip itu. Dia pun tidak tahu macam mana dia boleh jadi baik dan rapat dengan tuan punya restoran tersebut. Mungkin kerana Eusoff boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan peramah pula. Lelaki berjambang dengan ketinggian hampir enam kaki itu begitu baik hati dan merendah diri. Suatu hari entah macam mana dia boleh menceritakan kisah perkahwinannya yang gagal dengan gadis Melayu dari Malaysia dua puluh tahun yang lalu.
Syameer masih ingat kata-kata Eusoff di suatu petang sewaktu dia sedang minum-minum di restoran yang menghadap jalan raya itu. “Syameer, saya harap suatu hari nanti saya akan jumpa anak dan isteri saya semula. Saya tahu anak saya tentunya sudah besar, mungkin macam Syameer juga,” ucap Eusoff dalam bahasa Melayu yang bercampur-campur dengan bahasa Inggeris. Matanya nampak berkaca. Ada kesedihan yang tidak terucap dari sirna matanya, ada harapan yang menggunung dari hembusan nafasnya dan ada kekesalan yang tak sudah dari lirih suaranya. Itulah yang dapat Syameer tafsirkan.
Apabila Eusoff menunjukkan gambar persandingannya dengan isterinya itu Syameer terkedu. Lama dia menatap gambar itu dan berkali-kali dia bergilir-gilir memandang wajah Eusof dan wajah lelaki di dalam gambar itu untuk mengesahkan pandangannya tidak silap.
“Itu gambar sayalah. Kenapa, awak tak percaya? Mungkin saya sudah lain sedikit, maklumlah sudah lebih dua puluh tahun gambar ni. Saya pun sudah tua,” ucap Eusoff diiringi ketawanya.
“Bukan tak percaya, tapi…”
“Tapi apa?”
Sungguh dia tidak menyangka ‘gadis Melayu’ yang dimaksudkan itu adalah Mak Long Munirah, ibu Nudra. Dunia ini terasa kecil apabila kita bertemu dengan orang yang tak di sangka-sangka di tempat yang tidak disangka-sangka itu. Tetapi tidak pula dia memberitahu Eusoff yang isterinya itu adalah emak saudaranya. Dia tidak mahu memberi harapan kosong kepada lelaki separuh umur itu. Biarlah Eusoff tidak tahu bahawa dia mempunyai pertalian darah dengan Munirah kerana dia tidak tahu apa penerimaan Mak Long Munirah. Dan yang lebih dia bimbang adalah penerimaan nenek kerana dia dapat mengagak nenek tentu ada masalah dengan menantunya itu, jika tidak masakan dia melayan Nudra bagaikan gadis itu bukan keturunannya. “Err… tak apa-apa. Berikan saya gambarni, mungkin saya boleh carikan untuk Uncle.”
Sebentar Eusoff terdiam. Dia seolah memikirkan tawaran Syameer. Setelah beberapa minit dia termenung panjang, akhirnya Eusoff setuju. “Ambillah, saya ada satu lagi. Mungkin ALLAH utuskan awak untuk menunaikan permintaan saya selama ini.”
Syameer tidak menyangka Eusoff akan bersetuju. Dia cukup gembira ketika itu dan kalau boleh mahu saja dia terbang ketika itu juga ke Malaysia.
“Saya harap anak saya akan terima saya,” sambung Eusoff lagi dan suaranya kedengaran sayu sekali. Syameer hampir memberitahu tentang Nudra, tetapi ditahankan. Biarlah segalanya terbukti benar dulu. Dia tidak mahu memberi harapan kerana dia tidak pasti adakah lelaki ini benar-benar ayah Nudra. Bimbang juga kalau semua ini hanyalah kebetulan saja. Dalam dunia ni segalanya boleh terjadi.
Terbayang-bayang wajah Nudra yang selalu bersedih apabila bercerita tentang ayah yang tidak pernah dilihatnya. Ini rupanya ayah Nudra! Terjawab sudah persoalan yang sering dia tanyakan kepada ibunya tentang siapakah ayah Nudra. Pertanyaan itu terus dibiarkan tergantung hingga kini. Tetapi benarkah Eusoff itu suami Munirah? Kalau benar, kenapa ibunya pernah berkata Eusoff sudah meninggal, begitu juga Mak Long yang menganggap suaminya sudah tiada di dunia ini? Syameer kembali menyoal dirinya sendiri. Persoalan yang tinggal persoalan itu terus berlalu dibawa angin petang yang berhembus lembut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan